alkisah pt1

CINTA PERTAMA

*credit to nazirul*

Sejak dari form 4 jiwa aku dah sikit sikit jatuh cinta dekat kamera. Masa tu rasa hebat gila kalau ada kamera. selalu tgk geng geng majalah sekolah bawak dslr. peh. Masuk form 5 aku berangan nak beli dslr sebijik. Masa ni haram aku xtau kejadah kamera semua ni.. Aku jadi makin semangat bila someone kat sekolah aku kerek gila bila aku nk usha kamera dia. FINE! Kau mampu aku tak mampu kan. Dan aku tak pernah terpikir mampu beli kamera. sampailah aku dah dapat result spm. Time ni semangat nak memiliki dslr makin membuak. Buat la research dulu. Faham fungsi fungsi dslr. Time ni aku duk usha nikon d3000 je. Sebab yang ni entry level yang murah dan bg aku blh la nak beli. Forum pertama yang aku join fotomedia.com. Banyak jugak aku sedut ilmu dari situ. Dari brader ijam, duku, mangkor dll (xlarat nak sebut) berbekal sikit duit aku kumpul... Family ada topup sikit(susah jugak nak yakin kan mak aku. macam macam cara aku guna nak pujuk) akhirnya aku berjaya beli nikon d3000. Time ni kemain sayang . Hari hari duk bawak. Hari hari duk prektis tekan. Biasa lah kan, bila baru baru pegang kamera ni, semangat lain sikit. rasa nak buat job bagai. padahal gambar kelaut. hahaha . Masa ni sibuk lah nak cari watermark. Banyak gak watermark aku guna. lensamfm, anakmokhtar, fitrimokhtar dll. Nak cerita panjang pun tak guna. ni sikit gambar, masa aku mula mula pegang kamera. enjoice







*semua ni hasil dari nikon d3000 + 18-55 . 

Masa aku buat foundation kat UiTM baru mampu beli flash light. cerita nak dapat kan flash tu pun berliku jugak. time kasih kat Naqib aka Toi sebab sudi teman kan aku beli flash tu. :) Lepas dah ade flash ngan battery grip, aku makin aktif amek gambar. macam macam aku snap. Aku bc, aku try. tak dapat try sampai dapat. :) 

Cukuplah sampai kat sini dulu. aku pun dah ngantuk nak menaip. selamat malam. 

No comments:

Post a Comment