Bedah.. (Beeydah)

Kau memang kental kan. Curi makan aku punya keropok, main main jari aku, tidur sebelah aku, pelukpeluk sikittttt. Apa masalah kau wahai 'Bedah' (*sebut betul betul, Beeydah bukan BEDAH)... Dah dua malam kau kacau aku. Sem lepas takda pulak kau nak gedik gedik kacau aku. Haish. -.-" Aku rasa la kan mesti kau tengah sangap nak cari peneman baru kan, lepas kau clash dengan 'mamattakberapanakkacakbilikhujung.'...(gaya angkat kening).. 
Bak sini aku cerita kronologi Bedah nii......

Part I
090111 / 100111 (antara dua tarikh ni, maybe 100111 lagi spesifik)
-Selesai saja aku menelaah untuk Test Law II yangmemangmacamharamjadah, dan bertungkus lumus mengingat point point penting untuk group discussion bersama Mr. Choy, aku melabuhkan mata di katil empuk... Macam biasa doa tak pernah baca, nak amik wudhu' jauh sekali, walaupun toilet hanya beberapa inci dari bilik...  Saat aku landing jer, aku dah rasa kau datang. WADEFAK, asal kau peluk aku, geli lah! Bila aku tak layan kau, kau curi curi bukak loker aku dan makan keropok aku! yang tu aku marah.... Dah la stok keropok aku tengah nazak, kau nak rembat jugak.. Bedah, Bedah.. -.-" Tu pun aku buat tak tau saja. Bila mana aku tarik selimut, DAN kau main tariktarik aku punya jari kelinking.. DEM, yang ni aku dah tak tahan, terus bangun azan kiri kanan.. SERAM BAIIII! Ingatkan kau dah belah, rupanya ada lagi. Kental betul kau ni Bedah, Aku suspek kau pun beragama Islam.. keh keh keh.. Kau still nak main tindih tindih yeeee.. MAMPOS KAU LAH, AKU ADA KELAS ESOK. TAK NAK KAWAN NGAN KAU....
*Part I ni disaksikan oleh Khairi....

Part II
120111 / 130111 (ni pun sama macam part II, 130111 lagi spesifik la kot)
-Bedah, ye saya tahu awak kesunyian. Tapi agak agak lahhh... Saya pun nak tidur jugak. Jangan lah asyik kacau saya saja. Pegilah kacau makcikmakcikIndonyangdekatbawahsanaaaaa... Kau agak patetik bila mana mengahrapkan aku kisah bila kau kacau aku buat kedua kali nyaaaa.. HAHAHAHAH. kau gagal! sebab aku dah tak kesah bila kau nak main hempaphempap, pelukpeluk, cuitcuit... sebab, aku penat sangat. Kesian kau kan Bedah. Sorry lah. Kau pun satu timing tu kena lah betul.. :D So, kau punya agenda untuk Part II aku rasa tak berjaya.... (gelak bongkak)
*yang ni pun Khairi menjadi saksi, bila dia tengok aku bangun duduk bangun duduk. (tapi sriously aku tak sedar) wuuuuuuuuuuuu~


Part III
140111 / 150111 (takperludijelaskanlagipasaipaadaduatarikh)
-Haaaa, yang ni lain sikit. Kau ikut aku pergi dataran. SUMPAH LAWAK kau ni Bedah. Betul la tekaan cerebrum aku. Kau dah takda partner. :p Tengah duk jalan jalan kat padang dataran, kau tiuptiup tengkuk aku... -.- (tu bukan angin, sebab 'kawan' sebelah aku tak rasa apa apa pun)... Aku halau kau... kau diam kejap. pastu kacau 'kawan' aku pulakkkk.. Memang kau niiiiiiiiiiii............. Mesti kau jeles tengok kitaorang bersama. hahaha... 

Pasaipa Bedah??? Sebab dah takda nama unik lain lagi untuk kau. Takkan aku nak letak Kak Limah, nanti kena saman pulak.. keh keh keh. Dapat idea nak panggil kau Bedah pun masa aku tengah melayan perasaan dekat Taman.. Tapi kau memang stylo lah, tak pernah lagi aku kena kacau macam tu.. :) LIKE.SERATUS.LIMA.PULUH.JUTA.KALI.
Aku harap rupa paras kau macam ni. CUTE. :p

notakaki: nantikitadatelagiyeBedah.TAPIkaukenabawamakanan! :)

5 comments:

  1. comel nya bedah tuuu :p
    ahahahah

    ReplyDelete
  2. Khaliq: tu lahhh.. nanti aku pos kat kau lakk. haha
    Myxa: comel kann.. hehe

    ReplyDelete
  3. Alaa apa nih cerita hantu -.- takut la nanti.. aku baru nak excited ingat awek baru cehhh

    ReplyDelete
  4. hahaha...
    hang ni memang penakut lah

    ReplyDelete