Update gambar di Egypt

http://totallycoolpix.com/2011/01/the-egypt-protests/

*Finally jumpa balik link ni. Ni gambar lama. Tapi seriously shit.

notakaki: ohdunia!

Riot dekat Egypt

Hope everything gonna be fine. "Ya Allahh, selamatkan lah kawan2 dan rakyat m'sia yang berada disana"
aminnnnnnnn~

*satu website dah kena block .. donna why. a lot of pictures there. i'll try to find another website yang ada update terbaru pasal nii.. 

notakaki: riasauokay!

Lunch


"Nak Big Apple.."
-"Pegilahhh beli...."
"Jom lah lunch sekaliii..."
-"Okay, you belanja :)"

*haaaa, kan best kalau ada orang sudi belanja. makanan paling best , bila mana ada orang belanja. :) So, mandi laju laju, siap laju laju. Tunggu bas (mana ada keretaaaaa.. :| ). Masuk bas, keluar bas. Sampai Big Apple. Tunjuk tunjuk, bayar, pergi McD. "errr, McChicken regular set yaa.. " (yelahh , yob, takkan nak lunch donut jer). Makan makan, borak borak. Keluar cari baju, kasut dan bag. (haremmm, tak beli pun :p) Jangan nak cerewet sangat.. Lepak lepak, pusing pusing, borak borak, sampailah petang. Hari hujan tak bisa pulang. Kaki melangkah ke  Noodle Station. Minum petang disana. 
hanyaaaa ini yang mampu 
Telefon berdering, suara si adik kedengaran. Adik kedengaran sedikit jealous sebab tak diajak. (sapa suruh balik lambat) Katanya selsema (cepat sembuh yaaa) . Aktiviti minum minum diteruskan sehingga hujan tak kelihatan. 

Hujan masih degil. Terus mencurah tanda tak benarkan kami pulang. Mesyuarat tergempar dilaksana. Keputusan dicapai! Kami bergerak pulang dengan sedikit kebasahan dan kebekuan kerana hujan... (jangan demam yaaa)


Konklusi: penat dalam gembira. Everything was great! <3

notakaki: mahu.overnite.secepat.mungkin! 

Lari lari lari

Lari
Kau datang,
Aku lari,
Lari laju laju,
Kau dekat,
Aku jauh,
Aku UNLIKE kau LIKE,
Kau tak pernah penat,
Aku dah semput,
Apa boleh buat...
Kau terus datang,
Aku cuba STOP,
Tak kekal lama,
Sebab aku suka larii...
Aku terus lari.........

notakaki: sayabukanbudaksastera.

Tak kenal

Hey kawan, apa cerita? Tak kenal aku tapi duk kecoh.. Jangan lah macam tu. Orang yang rapat dengan aku  tahu perangai aku. So, jangan nak publisiti sangat yee. Bak mai, sikit pun tak goyang dengan cerita cerita macam tu. pffftt! Aku ada hak bercerita, ada hak nak share problem, ada hak nak share anything to anyone yang aku suka(bila aku ckp ni, bukan kat semua orang aku share. only to those people yang rapat dengan aku). Oh yaa, you start the war, I'll end it. Tak payah nak emo sangat. Tak perlu delete status, tak perlu perli, tak perlu segala bagai. (I know you will read this) Thanks for being my friend.


notakaki: pleasecleanmyname.

Jangan nak manja sangat

Aku rasa badan aku dah start menunjukkan tanda tanda mogok.. -.- Tiba tiba selsema, pedih mata, sakit dada.. dem! 

notakaki: dah tu jer aku nak tulis. takda mood! cepatsembuhwahaibadankusayang. -.-

Selsema


Aku rasa aku perlukan ini untuk ke kelas.. hmmm... tetibe kena selsema. maybe kolej aku ni sejuk sangat kot. dah macam oversea. haha. tapiiiiii, aku jarang sakit, pfffttt.. bila dah sakit ni rasa malas pulak nak pegi kelas. TAKKKK. aku kena belajar rajin rajin. nanti nak kawin senang.. :) cik selsema tolong la pergi jauh jauh.. -.-

notakaki: bedah oh bedah.... hey you,, yaaa you,, iloveu. :p

Kejadian berdarah BROGA HILL

BROGA, sapa yang tak kenal. Sebut jer semua tahuu tempat tuh. Aku rasa dah jadi tempat wajib untuk dilawati. Best ke Broga, apa ada? Bagi nature lover Broga takda la best sangat. Biasa biasa sajaaa. Tapi bagi orang yang naive, BROGA la tempat yang terhebat yang perlu, errr WAJIB pergi. Tapi lepas ni aku  konfem tak ramai yang nak pergi. PASAIPA..???...
picture: oh! media

Haaaa, dulu aku naik Broga bawak First Aid Kit, depa duk gelak. Nasib baik takda apa apa masa aku naik. So, lepas ni sapa yang nak pergi Broga tu tolong lah amek precaution steps. Bawaklah first aid kit in case kalau something bad happen. Dan dan dan, pakaian nak naik pun kena lah sesuai. Aku nak gelak jer bila tengok ada orang naik pakai jeans ketat, baju ketat kalau boleh semua nak ketat lah. Bagi lelaki, tak kesian ke kat "BigBro" awak tuuu.. ouch! 

notakaki: akurasakaurajinsebabpostpasalniii..baiktakaku..?

Please....

Kawan,
I do respect your personal life, then I ask for the same thing from you ('you all', lebih tepat rasa nya)... Susah sangat ke? Tak kan.. :) Hal class, hal faculty, hal kolej dan personal life, aku tak pernah campur semua ni jadi adunan buat 'kuih'. So, be professional lah. okay? :) 

notakakitakpakaistokin: sayatengahbuatassignmentsyangmenggunung.jangannakganggusangat. ;)

Bedah.. (Beeydah)

Kau memang kental kan. Curi makan aku punya keropok, main main jari aku, tidur sebelah aku, pelukpeluk sikittttt. Apa masalah kau wahai 'Bedah' (*sebut betul betul, Beeydah bukan BEDAH)... Dah dua malam kau kacau aku. Sem lepas takda pulak kau nak gedik gedik kacau aku. Haish. -.-" Aku rasa la kan mesti kau tengah sangap nak cari peneman baru kan, lepas kau clash dengan 'mamattakberapanakkacakbilikhujung.'...(gaya angkat kening).. 
Bak sini aku cerita kronologi Bedah nii......

Part I
090111 / 100111 (antara dua tarikh ni, maybe 100111 lagi spesifik)
-Selesai saja aku menelaah untuk Test Law II yangmemangmacamharamjadah, dan bertungkus lumus mengingat point point penting untuk group discussion bersama Mr. Choy, aku melabuhkan mata di katil empuk... Macam biasa doa tak pernah baca, nak amik wudhu' jauh sekali, walaupun toilet hanya beberapa inci dari bilik...  Saat aku landing jer, aku dah rasa kau datang. WADEFAK, asal kau peluk aku, geli lah! Bila aku tak layan kau, kau curi curi bukak loker aku dan makan keropok aku! yang tu aku marah.... Dah la stok keropok aku tengah nazak, kau nak rembat jugak.. Bedah, Bedah.. -.-" Tu pun aku buat tak tau saja. Bila mana aku tarik selimut, DAN kau main tariktarik aku punya jari kelinking.. DEM, yang ni aku dah tak tahan, terus bangun azan kiri kanan.. SERAM BAIIII! Ingatkan kau dah belah, rupanya ada lagi. Kental betul kau ni Bedah, Aku suspek kau pun beragama Islam.. keh keh keh.. Kau still nak main tindih tindih yeeee.. MAMPOS KAU LAH, AKU ADA KELAS ESOK. TAK NAK KAWAN NGAN KAU....
*Part I ni disaksikan oleh Khairi....

Part II
120111 / 130111 (ni pun sama macam part II, 130111 lagi spesifik la kot)
-Bedah, ye saya tahu awak kesunyian. Tapi agak agak lahhh... Saya pun nak tidur jugak. Jangan lah asyik kacau saya saja. Pegilah kacau makcikmakcikIndonyangdekatbawahsanaaaaa... Kau agak patetik bila mana mengahrapkan aku kisah bila kau kacau aku buat kedua kali nyaaaa.. HAHAHAHAH. kau gagal! sebab aku dah tak kesah bila kau nak main hempaphempap, pelukpeluk, cuitcuit... sebab, aku penat sangat. Kesian kau kan Bedah. Sorry lah. Kau pun satu timing tu kena lah betul.. :D So, kau punya agenda untuk Part II aku rasa tak berjaya.... (gelak bongkak)
*yang ni pun Khairi menjadi saksi, bila dia tengok aku bangun duduk bangun duduk. (tapi sriously aku tak sedar) wuuuuuuuuuuuu~


Part III
140111 / 150111 (takperludijelaskanlagipasaipaadaduatarikh)
-Haaaa, yang ni lain sikit. Kau ikut aku pergi dataran. SUMPAH LAWAK kau ni Bedah. Betul la tekaan cerebrum aku. Kau dah takda partner. :p Tengah duk jalan jalan kat padang dataran, kau tiuptiup tengkuk aku... -.- (tu bukan angin, sebab 'kawan' sebelah aku tak rasa apa apa pun)... Aku halau kau... kau diam kejap. pastu kacau 'kawan' aku pulakkkk.. Memang kau niiiiiiiiiiii............. Mesti kau jeles tengok kitaorang bersama. hahaha... 

Pasaipa Bedah??? Sebab dah takda nama unik lain lagi untuk kau. Takkan aku nak letak Kak Limah, nanti kena saman pulak.. keh keh keh. Dapat idea nak panggil kau Bedah pun masa aku tengah melayan perasaan dekat Taman.. Tapi kau memang stylo lah, tak pernah lagi aku kena kacau macam tu.. :) LIKE.SERATUS.LIMA.PULUH.JUTA.KALI.
Aku harap rupa paras kau macam ni. CUTE. :p

notakaki: nantikitadatelagiyeBedah.TAPIkaukenabawamakanan! :)

Best Shot During Audition for Emcee & Performance

AUDITION FOR EMCEE AND PERFORMANCE 
(MAJLIS KECEMERLANGAN DAN MAKAN MALAM ASASI 2011 FAKULTI UNDANG-UNDANG)
090111
CEMPAKA 2

*using D90+Nissin 622
*candid version....

Dayah Deluna, 2nd performer. She quiet nervous at first. But overall not bad lah. :)

Judge! 

Yusof and guitarist Mona Lyssa

The representative of Mona Lyssa Band. (Moja & Haiqal)

Audience gettin' bored. -.-"

"................"

The committee!

"..slurrrrpppp..."

Gotcha!

=D


Saya Bukan Artis

Maaf. Saya bukan artis. So tak perlu lah jaja cerita aku dah couple. -.-" Aku masih bahagia hidup single. Memanglah hasrat nak berpacaran tu ada, tapi buat masa ni aku rasa macam malas lagi. :) Ramai yang duk tanya, pasaipa aku single. Dush! Susah beb nak jawab. Macam soalan essay Principle of Economics! 

Aku sebenarnya tak suka relationship yang takda commitment. Kalau nak ber-in relationship just for fun, baik TAK PAYAH. Haruslah, ASASI pun 2 sem jer. Lepas ni semua sibuk nak blah dari UiTM sebab makanan tak cukup. Then lepas tu nak buat apa? Cari pacar baru? *ontong lerrrrr Cuba korang pikir , buat apa lah nak couple couple just for fun ni, perabih boreh jer yeob! Kesian mak bapak yang kat kampung sana.... Depa ingat anak depa duk study dengan cemerlangnya dekat UiTM, tapi reality..? *patutlah duit allowance selalu tak cukup. Hampeh. 

Aku tak romantik. Sebab tu lah masih single sampai sekarang. Tak reti lah nak beromantika nih. RIMAS. Lagi lagi bila lepas couple. Huish, mesti nak bersayang sayang dan bercintan cintun. Geli derrrr. TAPI, aku akan jadi romantik bila jumpa someone yang betul betul betul boleh buat bini. =D . Sebab apa? Haruslah, kalau tak romantik tak boleh buat bini nanti.. keh keh keh..

Tapi, sebenarnya aku masih trauma dengan kisah lalu. Maybe aku noob masa tu(fuuuuuu macam main Dota). Yelah, terang terang kena tipu. Ahhh, menyesal pun tak guna. Sial betul kau. Terima Kasih sebab buat aku jadi lebih hati hati.... TERIMA KASIH SANGAT. :)

notakaki: sayakeluardengandiataksemestinyasayakapeldengandia...........

                                                                           END