Broga... pt. 1

 BROGA. Nama yang sungguh hensem dan seram seram bila di bicarakan. Broga merupakan sebuah hutan simpan yang telah lama disimpan. Kami dari Faculty Alam Mistik telah ditugaskan oleh Profesor Mangga Pelam untuk menjalankan kajian mengenai fenomena fenomena di Broga dan asal usul Broga. Yaaa, satu kajian yang susah dan hampir tiada homosapien yang sanggup menerima tugasan itu.....


Tepat jam 1400(waktu Alaska) kami memulakan perjalanan. Perlu ditegaskan disini, kami terpaksa menempuh segala rintangan yang ada demi untuk menjayakan kajian ini. Antara rintangan atau lebih tepat lagi dugaan yang paling besar adalah, kami terpaksa menempuhi beberapa rumah kecil yang dijaga oleh wanita wanita Melayu dan mereka  meminta bayaran perlindungan.(*senang cerita Plaza Tol)... Masa yang diambil untuk sampai agak lama memandangkan GPS sayaphone3gs mengalami sedikit kesukaran sehingga terpaksa meminta bantuan Abang Hensem Berbaju Biru(*polis).... 

Setelah berhempas pulas, akhirnya kami berjaya sampai di kaki Broga. Sebelum meneruskan aktivi , satu ritual harus dibuat. Sebenar nya kami masih kabur kabur akan ritual tersebut. Ritual ni merupakan pantang larang yang harus di patuhi sebelum mendaki Broga...

 Kami terpaksa menunggu giliran untuk ber-ritual dan menghadap Penyimpan Besar Mohor Mohor Broga.


Seperti yang terpampang diatas, kelihatan Joe Malek sedikit kaget kerana cerebrum beliau tidak dapat bekerja dengan baik untuk mengingati kata laluan ritual. Kami berjaya merasuah penjaga Broga untuk melepaskan Joe.

Pendakian diteruskannnnnnn


to be continue..........


notakaki: HANYALAHREKAANSEMATAMATA...... : )

2 comments: