Shopaholic

Okay, aku kena mengaku yang aku seorang shopaholic. Baru habiskan duit beli 2 pasang kasut. -.-" Dah kasut tu macho sangat aku beli lah. Lagipun, jarang aku beli kasut. Tak salah kan.. hehe.. 



PUAS! Adidas dan Nike terus aku beli.. Nanti boleh la daki Broga dengan macho nya. haha. Sebenarnya nak beli Onitsuka Tiger, tapiiii tak mampuuuu.. :'( takpa lah. Lain kali maybe. 


Kan aku dah cakap, Onitsuka ni lagi macho. Tapiii apakan daya. Oh duit, tolong lah beranak pinak. :) *nak pakai Onitsuka masa annual dinner... :)

Sekiannnnn...

FB punya kisah

Yaaa, FB sangat happening.!! I dont know this idea belong to who, but for sure, menda haram ni best gilerrrr. Credit to founder yang bagi idea ni. =D . At first aku tak hirau sangat this number thingy, then nampak status kawan aku, wah, depa seronok bermain nombor ya. Aku try lah, dan hasil nya.... SUMPAHSERONOKGILAVAVI(caps disitu) For the 1st time aku sanggup habiskan masa buat perkara yang sia sia tuu. Tapi takpa, at least enjoy! dan dan ramai pulak yang like.. 

1st game. Ramai jugak yang inbox. Sampai kematu jari jari menekan keyboard. Dan keyboard hampir rosak sebab ditekan tanpa henti... hahaha... 1st game berlangsung selama +/-2hours dan berjaya menarik seramai 34 friends untuk mencoba nasib. Bayangkan kalau aku main ni sampai esok.. Perh! Tak sanggup bhai. Lepas kaunter ditutup, masih ada yang request number, tapi sorry derr, kaunter dah tutup, tunggu next yar pulak okay. :)

Then, aku beralih kepada 2nd game. (my own idea) *sebab dah ramai main 1st game. so aku buat 2nd game. yaaa, hanya aku yang buat 2nd game *sedikitbanggadisitu. :)

2nd game, pasai fesyen pulak aih, hamboih, macam aku hebat jaaa dalam berfesyen fesyen nih. Sampai kan ada orang inbox aku Rizalman Jr. *saya tak layak okay.. :) Oh, komen pasal fesyen , aku fikir akan keras, sebab , macam melibatkan hati dan perasaan pulak. Tapiiii bukan salah aku, korang yang sanggup nak aku komen, so aku komen laa.. Jangan sentap,J just for fun okay. 2nd game ni aku bukak sekejap jer.. Tak sampai 1hour. Dan 17 peng-request menawarkan diri. 

Walaupun games ni best bagi aku, tapi ada jugak yang take it serious. Chill la derr, buat apa nak marah. Main main saja. They should learnt about the sense of humours..... :)

Sekian kisah FB dan kawan alam maya.... 

Best Shot at Broga Hill

Few pictures captured by me at Broga Hill.












notakaki: nakbeliD300

Broga... pt. 2

Pendakian diteruskan. Segala rintangan dan halangan sepanjang perjalan ditempuhi dengan gaya maskulinnya. Ya, kaki kata stop, hati kata teruskan ke puncak! Sepanjang perjalan kami terjumpa dengan beberapa perkara mistik..... wuuuuuuuuuheeeeee(ala ala seram sikit..)
Kami suspek ni lah buaian yang digunakan oleh Bawang Putih. cerita lanjut (klik)..... Petang masih dara dan menunjukkan tanda tanda andartu. Kami harus pantas! Kaki melangkah, mulut bersiul, kamera ditekan... Akhirnya sampai lah kami di puncak ke-2 Broga. *Puncak pertama tempat buaian misteri. 





Angin bertiup kencang, pokok menari nari, awan berarak riang.... Alam menunjukkan tanda tanda kesedihan. Power bar ditelan, perjalan harus diteruskan.. dududududu... berlari lari ke puncak ke-3.....


*kami suspek , ni lah puncak ke-3
Keadaan permukaan yang agak tricky bagi yang kurang biasa macam kami membuatkan kami tak perasan sudah melepasi puncak ke-3, sehingga diberitahu homosapien yang dalam perjalan turun.... 

*Sroohh sroohh sroooh.. Semua kaget! Terhenti! Adrenalin mengendur dan menegang simultaneously! 
"..dik, beware sikit. Ada TUUTTTT HUTAN tadi..." Haram jadah betul. Patutlah ada bunyi bunyi misteri... Takpa, terus melangkah.... Finally, sampai sudah di puncak ke-4. HOOORAAAYYYYYY!





Sekian saja kisah Broga. Insyaallah akan ada pt. 4 & pt. 5 . Second trip on 02.12.2010, Sunrise Projekt. :)


credit: Joe Malek, Khairi, Izat Nazrin & Haiqal(disebalik tabir)
*gambar sekitar pembikinan cerita tipu tipu Broga...















notakaki: Jangannaksukasukasangatbilamendaki. :)

Senyum Lirik lirik

Senyum Lirik Lirik

Kau,
Di penjuru sana,
Senyum senyum,
Lirik lirik manja,
Mata bertentang,
Hati berdegup kencang...
Madah disusun mula bicara,
Dari bicara menjadi mesra ,

Aku suka,
Kau pun suka.
Dari penjuru ke tengah,
Hati diketuk,
Aku fikir kau setuju,
Aku mulakan langkah,
Engkau terbang tinggiii.

Hati pecah,
Siapa kesah....

notakaki: SayaBukanBudakSastera.......

Bulu kaki afro untuk kau



notakaki: malasnakcakapbanyak.dengarjerlah!

Broga... pt. 1

 BROGA. Nama yang sungguh hensem dan seram seram bila di bicarakan. Broga merupakan sebuah hutan simpan yang telah lama disimpan. Kami dari Faculty Alam Mistik telah ditugaskan oleh Profesor Mangga Pelam untuk menjalankan kajian mengenai fenomena fenomena di Broga dan asal usul Broga. Yaaa, satu kajian yang susah dan hampir tiada homosapien yang sanggup menerima tugasan itu.....


Tepat jam 1400(waktu Alaska) kami memulakan perjalanan. Perlu ditegaskan disini, kami terpaksa menempuh segala rintangan yang ada demi untuk menjayakan kajian ini. Antara rintangan atau lebih tepat lagi dugaan yang paling besar adalah, kami terpaksa menempuhi beberapa rumah kecil yang dijaga oleh wanita wanita Melayu dan mereka  meminta bayaran perlindungan.(*senang cerita Plaza Tol)... Masa yang diambil untuk sampai agak lama memandangkan GPS sayaphone3gs mengalami sedikit kesukaran sehingga terpaksa meminta bantuan Abang Hensem Berbaju Biru(*polis).... 

Setelah berhempas pulas, akhirnya kami berjaya sampai di kaki Broga. Sebelum meneruskan aktivi , satu ritual harus dibuat. Sebenar nya kami masih kabur kabur akan ritual tersebut. Ritual ni merupakan pantang larang yang harus di patuhi sebelum mendaki Broga...

 Kami terpaksa menunggu giliran untuk ber-ritual dan menghadap Penyimpan Besar Mohor Mohor Broga.


Seperti yang terpampang diatas, kelihatan Joe Malek sedikit kaget kerana cerebrum beliau tidak dapat bekerja dengan baik untuk mengingati kata laluan ritual. Kami berjaya merasuah penjaga Broga untuk melepaskan Joe.

Pendakian diteruskannnnnnn


to be continue..........


notakaki: HANYALAHREKAANSEMATAMATA...... : )